Ahlan Wasahlan

Friday, February 4, 2011

kemasukan pelajar baru...

assalamualaikum semua..
sorry coz lame x update...
pade 1 jan 2011...seramai 64 org pelajar bru ditempatkn di mtsbb ini...
bermcm-mcm gelagat kami dpt saksikn...
huhu..mmm...doakn kami(1st batch) mtsbb seramai 58 org mndpt 9A1 thn ini...amin...

Thursday, December 9, 2010

Maahad Tahfiz Sains Bachok (Banat)


2 Fatimah Azzahra' : 2 Ummu Aiman : 1 Aisyah Humaira'

Friday, November 26, 2010

DOAKAN KAMI

Peperiksaan Akhir Tahun hampir menjelang
29/11/2010-15/12/2010
doakan kami berjaya yer.,.,
insyaALLAH ameen,.,.

Thursday, August 5, 2010

Jamuan Mentor Mentee

Best nya makan.. maaf sebab tak semua gambar mentor dan mentee2 nya yg diupload...

.................................................Mentee Ustaz Rozu ni.................................................

Nih Birthday Woman untuk hari nih..iaitu 5 Ogos 2010..Teacher Rosyati..Teacher dan menteenya menyambut hari lahirnya di RFC Kubang Kerian..

Mentor: Teacher Che Yam... Ni lah anak2 mentee Teacher Che Yam....

Friday, April 16, 2010

Dengarlah


Sunday, April 4, 2010

Rehat Minda Ke Lata Belatan

'Selamat Datang Ke Hutan Lipur Lata Belatan'


Gambar dalam bas 1. Maaf kerana saya xdapat upload gambar kat dalam bas 2. Kerana saya naik bas 1. Ni dalam perjalanan nak gi Lata Belatan. Ceria btol dy0rang ni..

Ni pun junior juga. Gambar ni diambil sebelum bertolak ke Lata Belatan. Kena ambil breakfast dulu. Ustaz takut kami kena gastrik nanti. Wah! Enaknya. Yummy,.,
Ni la adik-adik junior.. Ada lagi. Tapi yang lain-lain tu malu nak bergambar.


Assalamualaikum w.b.t..... pada 2 April 2010, sekolah kami telah mengadakan rehat minda di Lata Belatan. Rehat minda ini diakan selepas program 'murajaah merencana huffaz berkualiti' diakan untuk merehatkan minda semua pelajar selepas beberapa hari mengikuti program ini. Kami bertolak ke destinasi pada jam 7.30 pagi.

Tuesday, March 16, 2010

Pertandingan Kawad kaki Peringkat Sekolah





Assalamualaikum w.b.t,.....

Pertandingan Kawad Kaki ini berlansung pada hari Sabtu. Maafkan saya kerana saya terlupa tarikh pertandingan itu berlansung. Peserta-peserta terdiri daripada

1. (Kategori Lelaki)
- Navy
- Bomba
- Pengakap
-Briged Amal

2. (Kategori Perempuan)
- Bomba (MTS)
- PBSM
- Puteri Islam

Alhamdulillah,
Kami telah berjaya memenangi tempat pertama dalam kategori wanita manakala kategori lelaki tempat pertama dimenangi Navy.
Kami dilatih oleh Encik Muhammad Zikri Azharan. Berumur 17 tahun dan bersek0lah di Maahad Muhammadi Lelaki(MML). Beliau seorang ahli unit beruniform Briged Bakti.
Ucapan terima kasih kami ucapkan kepada Encik Zikri. Semoga beliau diberkati Allah S.W.T

Friday, March 12, 2010

Doakan Afiqah Fauzi

Assalamualaikum w.b.t....

Salah seorang daripada kami telah berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 11hb 3...
Doakan dia selamat pulang ke Malaysia pada 24 hb 3 ini....
semoga dia diberkati Allah..
Amin.........

Sunday, January 24, 2010

Soutul Huffaz


Assalamualaikum w.b.t....

Pasti anda tertanya tanya apa itu 'Soutul Huffaz'?
Soutul Huffaz ialah nama kumpulan nasyid sek0lah kami
(MTS Bachok lil bnt/ MTS Amir Indra Petra)
Soutul Huffaz terdiri daripada 6 solo dan 3 orang pemain alat muzik.

Solo-solo:
1. Nur Adibah Bt Alias
2.Aisyah Atheerah Bt Mohd Mokhtar
3. Nur Syafiqah Mohd Afandi
4.Qatrunnada Jalaluddin
5.Siti Ayeshah Durrah Han Joehan
6.Nur Afiqah Fauzi



Pemain alat muzik:

1. Amirah Solehah Razif (Congga)
2. Nur Quthren Nada Zulfikri (Tamborin)
3. Siti Aisyah Zulkifli (Shaker)

Sebelum kumpulan ini diwujudkan pada 17 Hb Disember 2009, solo-solo tidak bergabung.
Mereka tidak bergabung kerana mereka membuat kumpulan mengikut dorm masing-masing.
Antara lagu nasyid yang pernah dipersembahkan di sekolah kami:

1. Puteriku sayang
2. Akhlak Mulia Peribadi Unggul (lagu nasyid yang direka oleh Ustazah sekolah rendah Piqah Afandi)
3.Remaja
4.Segenggam tabah
5.Jalinan (Soutul Huffaz/ rentak muzik direka oleh Adibah..best sgt2)
6.Anak Soleh (''/'')

dan banyak lagi,...maaf sebab saya lupa...

Daripada banyak2 kumpulan,akhirnya menjadi satu kumpulan yang rasmi iaitu 'Soutul Huffaz'
Soutul Huffaz terdiri daripada solo-solo yang professional (insyaAllah) dan yang sudah lama berjinak-jinak dalam bidang nasyid.
Pemain-pemain alat muzik juga agak pro dan berpengalaman dalam mengendalikan alat muzik.
Nur Adibah Alias bukan sahaja solo yang berpengalaman tetapi juga pro dalam mengendalikan alat2 muzik seperti congga, tamborin dan shaker. Beliau juga yang mereka rentak lagu nasyid jalinan dan anak soleh menggunakan alat2 muzik tersebut.

Wednesday, December 30, 2009

rintihan seorang insan

ya allah...
sakit ya allah sakit...
sakit..
sakit...
sakit..
sakit...
ya allah...
sakit....sakit...sakit...
ya allah...
sakit...
panas...sakit...panas...
panas...
panas ya allah...
ya allah...
tolong ya allah tolong...
tolong aku...
aku janji tak akan buat lagi ya allah...
kau bagilah aku peluang...
sakit....
sakit...
panas...
panas....
aku tahu aku dulu...
zina..
mencuri..
rasuah orang..
terima rasuah...
tidak menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin...
tidak solat..
tidak mengeluarkan zakat...
membuat al quran sekadar perhiasan...
tidak membacanya..
aku insaf...
aku insaf ya allah...
ya allah...
panas ya allah...
aku tahu dulu aku
tidak menutup auratku ya allah..
aku tipu...
aku berdosa ya allah..
aku berdosa...
aku berdosa...
ya allah...
panas..
sakit...panas...
allah...

tibe2 satu suara yang gurau yang entah mane muncul berkata

TIDAK ADA PELUANG KEDUA BAGIMU KERANA AKU SUDAH MEMBERIMU PELUANG TETAPI KAU GUNA PELUANG ITU UNTUK APA?AKU SURUH KAMU BERIBADAT TETAPI KAMU LARA!
AKU TELAH MENURUNKAN AYAT DI SURAH AZ DZAARIYAAT AYAT 56 YANG BERMAKSUD "AKU TIDAK MENCIPTAKAN JIN DAN MANUSIA MELAINKAN AGAR MEREKA BERIBADAT KEPADAKU"
TETAPI APA YANG KAMU BUAT DIDUNIA INI?TIDAK ADA APA-APA..
SEGALA-GALANYA SUDAH TERLAMBAT..


ampunkan aku ya allah..
berilah aku peluang...
ya allah...
aku taubat...
aku janji aku tidak buat lagi..
ampunkan aku ya allah...
aku memohon ampun darimu...
allah...
sakit..
panas...
ya allah..

terjaga dari mimpi...

ya allah...aku bermimpi rupanya...

dia terus melihat jam tangannya..

pukul 4 pagi...
sempat lagi aku qiamulail

lalu dia terus mengambil wuduk lalu mengerjakan solat isyak,tahajud,solat hajat,taubat dan solat witir..seusai salam dia berzikir dan memuji-muji allah lalu berdoa..

ya allah..
sudah lama aku tidak sujud kepadamu..
syukur padamu ya allah kau telah berikan aku hidayah..
aku taubat ya allah..
setulus hatiku aku bertaubat...
aku janji tidak akan mengulangi perbuatan jahat yang aku telah lakukan pada masa dahulu...
ya allah..
terima kasih kerana memberiku peluang lagi...
amin ya rabbal alamin..

adakah kita akan membuat seperti apa yang dia buat sebentar tadi selepas mendapat mimpi itu?
adakah kita akan terus membuat kesilapan lama setelah mengetahui itu cuma mimpi?
adakah kita akan sebarkan cerita ini pada teman-teman yang lain?
bagaimana kalau dia tidak bermimpi?
bagaimana perkara ini benar-benar berlaku kepadanya?
bagaimana dia tidak mendapat peluang kedua?
bagaimana jika perkara ini berlaku kepada kita?
renungkanlah teman-teman..
sama-sama kita ambil iktibar dan pengajaran dari cerita ini...


ditulis oleh pelajar maahad tahfiz sains perempuan bachok kelantan darul naim...